Tuesday 29 November 2011

bosn tk wat pape mluah prasaan jerw la.... :(



Arghhhhh, mengapa sukar sungguh utk ak melupakannya. Terasa sakit,pedihnya di hati ini di saat mahu melupakannya. Disaatnya bersuara berkata meminta maaf, hati aku cair seperti ais yang sedang mencair. Mengapa aku mesti selemah ini terhadap lelaki. Aku bukannya pernah bercinta, berdua juga tidak pernah, tetapi aku sakit sangat mahu melepaskannya. Setelah enam tahun namanya tersemat di hati aku, sebati dengan jiwa aku, tiba-tiba mahu melepaskannya aku rasa sayang sangat. Tetapi bila difikirkan, apa yang aku dapat menunggu cintanya,dirinya seperti orang bodoh, sedangkan dia bersuka ria bersama perempuan yang pastinya cantik, dan berjaya menakluki hatinya. Sejujur-jujurnya aku masih menyayanginya tetapi sampai bila aku harus begini, semua ini akan menambahkan lagi kesedihan yang perlu aku tanggung. Kadang-kadang aku mahu berterus-terang sahaja, tapi aku perempuan, aku ada perasaan malu. Aku cuba untuk berhenti mencintainya, berhenti menunggunya, tetapi bolehkah????. Semua itu bermain di fikiranku. Aku penat mahu mengalirkan airmata demi dia, berapa banyak hati aku telah terluka kerananya, terlalu banyak pengorbanan aku kepadanya. Sebenarnya aku tidak rela mahu melepaskannya, tetapi aku terpaksa, aku tidak mahu perasaan ini terus sebati dalam diriku sehingga memakan diriku sendiri. Aku tidak dapat membayangkan jika dia mengahwini perempuan lalu menjemput ku ke majlisnya, merana  la aku, aku berana cakap aku akan menangis di majlisnya. Memang aku pernah cakap bila dia bahagia aku juga turut bahagia, tetapi itu semuanya di luaran, dalaman aku siapa yang tahu, betapa terlukanya. Aku mahu saja bagi dia baca diari aku, semua luahan hati aku ada tercoret didalam diari itu. Aku tidak mahu mengingati dirinya lagi, aku akan cuba sedaya aku, jika aku tidak mampu aku akan biarkan cinta ini hilang dengan sendirinya. Sehingga ada lelaki yang benar-benar bolehkan aku melupakannya.

No comments:

Post a Comment